buat apa haku ambik lesen?!!!

assalammualaikum.
hai you alls..

setelah sekian lamanya,niat nak ambik lesen kereta tertangguh & tersekat...
disebabkan masalah peribadi pusat latihan memandu tu sendiri..
& selama sekian itu jugak lah haku dah tak bawa kereta & practice drive..

minggu lepas haku terima phone call untuk ambik test JPJ pada 15hb nie..
oh god!! tidakkkk
tertiba rasa lutut nie lemah + jantung dah macam nak tercabut..
haku tak ready lagi lah...
nak bagi alasan dah banyak kali rasanya haku bagi alasan...nampak nya terpaksa lah haku gagah kan juga untuk setuju dengan tarikh yang dietapkan...


nak dijadikan cerita semalam nak try lah drive kereta yang satu-satunya kereta manual yang ada kat rumah nie..
minta lah kebenaran dekat mak..
"mak mak nak try drive kereta boleh?sebab hari rabu nie ada test JPj"
"ishh tak boleh bahaya,kamu tu bukan pandai drive pun"
"ala mak nie orang dah pandai la..orang dah tahu mana paddle break& mana paddle minyak."
"tak boleh"
"kalau macam tue try undur dengan parking je boleh"
"tak boleh nanti try drive dekat pusat latihan tue je!"

tengok mak dah masuk bilik tidur haku pun apa lagi ajak adik haku jom naik kereta teman haku try drive..
masuk kereta start then nak masuk gear reverse tapi asal tak masuk- masuk lagi nie..
aishh payah benor..
tengok dekat tingkap mak dah terpacak kat situ..
"nak pergi mana tue??'
"hihihi smbil gelak cakap nak try reverse kereta je tapi gear tak boleh masuk la pulak.."
laju je mak keluar"tue la masuk gear pun tak pandai macam mana nak bawak..aishh duduk tepi tengok mak buat.."
huhuh(senyum macam penyu)


apa yang kamu dah buat nie??tengok gear dah tak boleh nak masuk..
ohh god apa yang haku dah buat..
eleh sebenarnya kereta tue memang susah nak masuk gear reverse tapi time haku naik pulak dia langsung tak boleh nak guna..
haishh menjatuhkan reputasi haku betul la kereta nie..

tue la mak dah larang taknak dengarkan??tengok allah bayar cash..
hihii maaf lah...

mak haku nie langsung tak pernah nak percaya haku drive kereta..habis kalau haku ada lesen tapi tak boleh nak drive buat apa kan??
buang duit je ambik lesen...


so
moral of story bila mak dah larang tue silalah dengar okey..
doakan haku lulus test JPJ ye..

bye
that all
thank for view
lot of lope.


2 comments:

LyNdA Aziz said...

wow ! dah nak test JPJ . aku nie dah lama x pergi . aku pegi belajar sekali ja . pas tuh dah x pegi sampai sekarang . mak bebel2 . tapi aku malas la nak pergi . hurrrmmmm....
gud luck sayang !

poohrist said...

thank dear..
alo dear kalau kena marah sikit sikit tu biasa lah..
dia marah ang,ang marah dia balik..hihihi