love story

assalammualaikum..
kepada yang rasa nak muntah plus meluat nak baca entry ini sila pejam mata and out..
simple entry,


soal hati lagi jadi pilihan haku..
bila saat tulis soal hati & perasaan semestinya haku dalam mood yang jujur dalam penulisan.,
sila pecaya ye..
jika tidak sila klik out untuk nyahh..


rindu...
perasaan yang datang bagaikan api.
makin dibiar makin membakar & memakan diri..
nak luah terasa malu.
nak simpan terasa berat..(ibarat mengendung seekor gajah.)
lagi disimpan lagi perit dirasakan.

sayang..
feeling yang payah nak duga,
bagai ombak yang datangnya belum tentu kekuatan airnya
lagi lama lagi mendalam rasanya.
sedalam lautan pasifit
sekuat lion dirimba.

cemburu.
perasaan yang sukar digambarkan.
datang tak kira masa,tempat dan ketikanya.
sekali datang tidak boleh dilawan.





love is awesome




buah hati baru

assalammualaikum
salam berhujung minggu

sambung kegembiraan semalam,
cerita buah hati baru family lokman.
oh dia pengarang jantung haku and family.

comel,nakal,kuat merajuk(walaupun baru meningkat 7 bulan usia)
suka menjerit.





ini lah buat hati kami sekeluarga.
nnur Qairina Qaisara.
cucu,ank sedara sulung family lokman.

sayang besar nanti jadi nice gurl ye?
belajar pandai-pandai.
jadi anak yang berguna 
we all love u dear.

disuatu malam

assalammualaikum
salam riang ria.

lumrah hidup manusia sekejap diatas sekejap dibawah.
kegembiraan itu datang hanya seketika,
akan berganti dengan kedukaan.
berselang dengan kesedihan
sesekali diundang gelak ketawa.

kalau hidup sentiasa suka/riang haishh alamatnya manusia akan terus leka dan sentiasa dalam mimpi.
kalau hidup sentiasa berduka alamatnya manusia akan kemurungan dan sentiasa dalam ketakutan.

manusia dicipta sebaik-baik kejadian .
mempunyai perasaan yang pelbagai,
dan akan muncul megikut keadaan dan ketika

indah nya hidup ini..

actually apa yang haku mengarut.
nak cakap haku sekarang didatangi perbagai perasaan..
gembira, sedih, suka, semangat, rindu ,sayang, tak sabar!!
what the hell!!!!!

ctttttt!!!!!!!!!!!(gerak dulu mak panggil lah)
next sambung 

ookey bye 


alone

assalammualaikum
salam sayang salam cantik..hihihi

setelah berabad berkurun haku tak drop sini,
harinie haku nak drop kejap.

tahun 2012 nak say goodbye,2013 pula menyusur dibelakang..
hye hai 2013 be nice to me okey.

dalam meniti ke tahun 2013,
kena melalui hujung tahun yang haku rasa sangat susah because...
hujung tahun ramai gila kawan haku yang kawin and tunang.!!
oh mak saya nak jugak!!! tolong kawin kan saya paling tidak pun tunang jadi lah..hihihihi(kegataian melanda dijiwa sudah)

okey to all my friend and cousin tahniah2 kerana sudah melangkah satu tapak kehadapan dari haku,hurmm paling2 tidak toleh sikit dekat haku ye..
im alone...
melangkah tahun 2013 seorang diri..
twink twink twink..hati bahagia,




walaupun alone tetapi sentiasa happy disamping family and dia..


me and he(left he right me)

okey bye
jumpa next year.


assalammualaikum.
salam aidiladha

renung-renung masa depan,selak-selak picture haku,
teringat tentang dia.
en cinta hati.
dia memang pandai snap pict.
setiap gambar yang dia snap cantik bukan sebab modelnya haku tapi hasilnya yang penting.






walaupun muka haku tak ada gaya macam model pun,
gambarnya tetap cantik.
suka semua picture nie.
saya peminat awak la en cinta hati.
bukan tak nak puji depan tapi dia nie kalau dipuji bukan main bongkak lagi...

okey bye

hari-hari mendatang

assalammualaikum 
salam aidiladha guys.
toleh kanan toleh kiri,kira kaki hitung hari dah dua hari sambut aidiladha.
rasanya baru je cuti dah kena balik sambung kerja.
sekarang nie masa loading laju gile.
kadang2 rasa macam tak sempat nak kejar masa dalam satu hari tue kan??

itulah kalau kita leka masa akan lari meninggalkan kita,jadi la kita orang yang hanyut diarus masa.
macam mana gayanya tue??
lebih kurang macam orang yang tak up to date lah..

orang sekarang dah pakai handphone htc ion(yng kalis water)
kau masih pakai handphone samsung cam ayam...

untuk menjadikan diri anda up to date sila la perhatikan sekeliling anda dengan teliti.

sentiasa update facebook,instagram,blog anda 


semoga anda tidak lagi digelar tak update guy ye
bye

setelah bergelar U29

assalammualaikum,
salam belia salam ceria.
setelah berkurun + berabad tak update  entry,
baru harinie terdetik dalam hati naluri nak update something..

firstly bagi korang yang amat merindui nak tengok gambar latest haku..
nah haku bagi hadiah tatap picture haku sampai lebam.
maklumlah lama tak jumpa...hahaha
meh tengok sini

picture selepas bergelar staff nurse
-
-
-
-
-

-

-
-


dah lebam belum muka korang tengok picture haku??
kalau tak lebam haku nak tambah lagi gambar!!

nak tak??

okey apa macam makin cantik dan berseri x??
komen sikit..

makin hari makin ceria dan gembira + bahagia
sebabnyaaaaa
sekarang sentiasa berada disampaing orang tersayang..

okey nak gerak dulu la..
next time sambung ye..
ada kerja la plak..

bye
take care kekawan
rajin2 la datang site haku nie ye..
walaupun tuan tanahnya tak ada..


ramadhan is coming.

assalammualaikum
salam mubarak salam berpuasa.

pejam celik pejam celik kita sudah pun menghampiri bulan ramandhan..
tinggal beberapa hari je lagi umat islam diseluruh dunia menyambut bulan ramadhan,ulang suara bulan ramadhan bukan bulan syawal okey..
puasa dulu baru raya..
macam la tak tahu korang nie kan!!
bila masuk bulan ramadhan je
dalam otak masing2 pakat2 pikir nak raya je kan kan kan !!
aishh jangan nak tipu la... cakap tidak ye..
sebab dalam otak keras haku nie pun fkir benda yang sama jugak...hakahakahaka
raya raya raya..yahoooo (megalahkan budak2 haku nie) lantak situ...

puasa tahun nie rasanya agak lain sikit bagi haku..
maklumla first time berpuasa sebagai seorang perempuan yang berkerjaya..(kerjaya la sgt)
agaknya macam mana ye puasa sambil bekerja??
penat??bosan?? best?? orr sedih??(  rindu family)
hope everything be fine for me..

tahun nie raya rasanya haku tak lagi jadi penerima sampul hijau...
tahun nie tukar posisi jadi pembagi sampul pula..
ooo over time masa bulan puasa amat diperlukan saat2 ini..hihihi

okey tak nak fikir about raya sangat apa yang penting sekarang is persiapan diri untuk ramadhan..
kuatkan minda mental dan fizikal..
puasa kasi penuh ini tahun(aku mampu,korang ada??)

selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak dan menunaikan puasa..
assalammualaikum si manis dan si hensem.



jantung berulam hati

 hye hai hello blogger world
musim wedding is coming.
pakat-pakat jodoh awal ye korang
semoga allah panjangkan jodoh kalian ye sahabat-sahabat sekalian.

seen 2hb jun si cantik jelita haku punya wedding,
ya allah she is beautiful,
first tengok dia makeup memang cantik sangat..
cer tengok nie..

si yana yg gila

saya disebelah itu



kami sesama meraikannya
setelah sekian lama tak jumpa,akhirnya bertemu diwedding girlfriend kitorang

present dari kitorang

 
we all happy together



bila kami dah naik gila

purple pink pilih korang
i like,pasangan yang serasi dan comel lagi gila
semoga panjang jodah,dimurahkan rezeki,dan cepat-cepat dapat baby.
im waiting..hihihi


workholic !!!

assalammualaikum
hai gurl,hye boy hello blogger world,
akhirnya kembali kedunia ini..hihihi

workholic oh workholic
puncanya haku tidak menulis blog
bukan haku workholic or kaki kerja mahupun kuat kerja,
tapi tanggungjawab dan keterpaksaan menjadikan haku seorang yang workholic..
kerja setengah mati tapi tak kaya-kaya jugak(membebel dalam hati)

ok lady sila lah jangan banyak complaint
bersyukurlah sebab dalam dunia nie belum tentu ada orang yang bernasib baik macam kau.
dalam kesibukkan bekerja sempat lagi g jalan-jalan dengan si dia..
hihihihi

to guyz yang sudi lepak sini time haku busy thank ye.
haku menghargai sangat kesetiaan korang,
tapi masalahnya ada kew orang datang sini hahahaha(berangan sudah)
next time update lagi ye.
bye guyz






adakah ini siti sifir??

ASSALAMMUALAIKUM

salam satu dua tiga malaysia.

korang pernah tengok rancangan kanak2 A.L.O.N.G  yang dulu2 tue?
rancangan yang mengajar matematik kepada kanak2 .
ala yang susun gula2 atas meja tue.
rancangan nie ada tiga ikon adik beradik along angah & acik tue?
aduiii tak ingat ka??
nie gambar nya!


haq mesti korang terr imbau bila tengok pict nie kan?
best gila cerita nie.

paling haku suka is bab siti sifir la..
nyanyi2 gitu..
satu darab satu = satu
dua darab dua = dua.

a.l.o.n.g  along

bila fikirkan siti sifir nie,
agak2 macam mana rupa budak nie ye sekarang??
dulu2 time kecik comel je nyanyi sambil pakai cermin mata hitam siap bling2 lagi..
sekarang nie mesti cun kan budak nie?
tadi try2 google jumpa la satu picture nie..


cun kowt girl nie
betul ke budak nie siti sifir yang dulu2 tue
kalau betul perhh meleleh siot.
cun + meletop gitu

tapi masalahnya betul ke budak nie siti sifir??
betul or tak pandai2 la cari sendiri ye..
ok bye

that all
thank for view 
lot of lope



indah!!!

assalammuaalaikum,


pemandangan malam at putrajaya,
photo snap by me,
tenang tahkala melihat ciptaan ini.
kedamaian terasa.
cantik awesome indah.

bye
that all
thank for view
lot of lope


bukan pemalu tapi berwaspada

ASsalammualaikum,
salam satu malaysia.
bila cuti & ada masa time to update blog la...
wah rindu nya dekat blogger2,
hope korang sihat2 & sudi2 la datang singgah sini walaupun haku jarang update blog sekarang disebabkan kesibukkan bekerja yang teramat.
maklumlah budak baru la katakan kena bulila sikit..
wahh berani ye senior buli haku,kalau rasa tak nak hidup lama sila la buli haku ye!!!..
hahhaha,
bukan buli tapi diorang mengajar,
mengajar untuk kebaikan haku jugak kan..
terima je la dengan hati terbuka walaupun agak berbisa..hahaha
sabar2 ye wahai hati & perasaan jangan cepat melatah ini semua dugaan bekerja..
bersusah2 dulu senang2 kemudian 
dok gitu.!!


and one more thing sorry guy a.ka. rakan sekerja bukan saya nie budak sombong tak mahu bercakap,cuma haku nie jenis yang tak pandai nak bersembang dengan orang yang baru kenal + agak berusia dari haku.
berhati-hati dalam bergurau dengan orang baru takut tersalah cakap je.,
bagi saya masa ye untuk beramah mersa dengan anda,
jika sudah kenal takut korang tak larat layan haku je la nanti..
hahha

tolong jangan judge saya sombong jika anda belum megenali saya okey.
that all,
thank for view
lot of lope.
muahhh

sorry guys

Assalammualaikum.
puhhhh fuhhhh puh puhh..tersembuq semboq air liuq
mai ramai-ramai pakat-pakat tiup habuk sawang,sarang labah-labah yang dah maharaja lela dekat blog lady nie!
haishh baru sekejap haku tak masuk blog habis korang rampas kawasan haku ye sang labah-labah..
nak kena nie..!!
shuh shuh shhh berambus,

haku nak buat entry khas untuk mohon maaf dekat korang sebab dua tiga menjak nie haku tak sempat nak terjah bllogwalking dekat blog awesome korang disebabkan oleh beberapa sebab..hahaha
insyaallah ada masa walaupun sikit haku akan berkunjung ye..

thank to korang yang sudi singgah site lady yang tak seberapa nie ye.
love korang lot-lot.
bye.


jom jadi geng KAMI BLOGGER MALAYSIA

ASSALAMMUALAIKUM.
jika anda berstatus warganegara MALAYSIA,
tidak kiralah berasal dari negeri mana?
anda patut dan wajib join geng kami blogger malaysia ini.
untuk join sila klik banner ini.


then nyata kan anda dari negeri mana okey..
haku sudah tentu & pasti lagi sure dari
PERAK.
kejor yob kejor.!!

orang yang ditag dan wajib join is
  1. lynda aziz
  2. faradiyana
  3. arezura
  4. riben pink
  5. moi liana
selamat join ye rakan-rakan kepada sesiapa yang tidak ditag dan nak join anda sangat dialu-alukan.


that all
thank for view
lot of lope

oh!! jejaka senja

assalammualaikum.
sekali lagi isu kahwin jadi entry haku,
haishh sokmo cerita kahwin dah teringin berlaki agaknya haku nie..!!
ooo sapa tak teringin nak berlaki oii..
hahaha mood gatai sudah melanda dijiwa..


lelaki tua A.k.a senja idaman sidara muda sekarang!
wow betul kew??
kenapakah jejaka senja menjadi kegilaan sigadis remaja?
hebat sangat kah mereka ini?
macho tahap artis popularkah lelaki senja ini?
adakah mereka ini romantik bagaikan kisah vanila coklat?(sob sob vanila coklat dah  tamat :( )
ataupun disebabkan kekayaan mereka yang melimpah luah?

picture sekadar hiasan.
sumber en google

disini sedikit pengakuan kenapa jejaki senja jadi pilihan sigadis muda..

  1. sebab utama adalah kerana jodoh ditangan tuhan tidak mampu dielakkan
  2. kekayaan yang melimpah luah adalah sebab mengapa jejaka senja dijejaki.
  3. lelaki senja jadi kegilaan sidara kerana sikap romantik mereka,yang sangat-sangat sweet macam gula.(tak macam lelaki muda)
  4. selain itu sikap penyayang mereka membuatkan sigadis muda ini hanyut diarus cinta jejaka senja.(ayat power kowt)
  5. muka yang matang/mature menjadi punca utama luruhnya hati sigadis.(sebab lelaki muda semua muka tak mature!)
  6. sikap yang terlalu ambil berat & prihatin terhadap pasangan adalah sebab dimana mereka yang senja menjadi buruan.
thinking of you.
malu
larikkk

wow wow ini adalah kenyataan benar okey dari sidara yang menjadikan jejaka senja pilihan diorang,
zaman sekarang dah tak ada lelaki muda yang romantik bagi diorang lagi!
oh wahai jejaka muda adakah ada tidak romantik & sweet macam jejaka senja??
sila lah jawab..jangan marah!haku hanya merungkai & korang berilah jawapan ye..
twink twink bye..

that all
thank for view
lot of lope



mertua idaman kalbu

assalammualaikum.
salam isnin salam satu malaysia.

terus kepada entry asal sebab malas nak merepek meraban,macam lipan kena panah petir,semak perut bila baca!
sebut pasal nikah kahwin nie,bukan senang right?
banyak benda kita kena ready & prepare,
& banyak jugak kemungkinan yang kita harus fikir mungkin terjadi,
kemungkinan itu satu hal lah,
 nak jaga hati mertua pulak satu hal kan!


kalau dapat mertua yang macam nyonya mansoor dalam filem Ibu mertuaku(siapa yang tak tahu & tak pernah tengok cerita nie boleh digelar buta industri perfileman la) tue macam mana??!
haru biru hidup kowt..
sentiasa hidup dalam kekejaman ibu mertua..oh tidak!! tak sanggup haku..
but ada lagi kew mertua yang layan menantu nya macam nie ye??


haku rasa zaman sekarang dah tak ada mertua yang kejam,
because orang sekarang kan educated,bepelajaran tinggi gitu
 silap-silap haribulan ibu mertua kita lagi educated dari kita kan??hihihi

sila berbahagia lah wahai pasangan yang hidup dengan mertua yang sangat memahami & penyayang nie.
tambah-tambah kalau jadi menantu tunggal or menantu sulung..
wow bahagianya hidup!!
mertua ambil berat gila terhadap kita,
layan menantu bagaikan layan anaknya sendiri..
sayang menantu lebih dari sayang anaknya.
oh that person anda orang yang paling bertuah & beruntung
mertua yang begitu adalah idaman setiap menantu.

semua pasangan inginkan kebahagiaan right?
so kalau dapat ibu mertua kejam boleh ke bahagia??
tepuk dada tanya selera..!
kalau tak ada selera boleh la tanya jiran or adik anda yang lebih berselera dari anda

semasa majlis pertunangan 2tahun sebelum sah menjadi kakak iparku

~kreadit to my mother because you are the best mother-in-law
~to sister-in-law you are lucky person  because she really love you & take care of you
~my first niece is coming.

that all
thank for view 
lot of lope

follower yang tak seberapa!!

assalammualaikum
selamat berhari jumaat.

rasanya dah 4 hari tak update entry baru kan..
sebab sekarang haku tengah seronok berblog walking..
rasanya dah banyak blog yang haku jejak & singgah 2 3 menjak nie..
suka sangat taw dapat kawan baru..hihihihi

so entry kali nie haku update khas untuk follower haku yang ke 191..
tahniah-tahniah to diri sendiri kerana dah mencapai follower 191.
walaupun baru 191 follower tapi haku tetap berbahagia okey..
lantak la orang nak kata haku apa pun janji haku ada!!
hihhhihi


ini dia follower yang bertuah kerana mendapat tempat ke 191.
kenapa wujud entry follower 191 ini..
sebab haku suka dengan no 191..
and tak ada sebab lain itu saja..
sudah jangan ditanya lagi.
jom jom kenal siapa follower yang dimaksudkan ini.

Faradiyana mutussin atau nama sebenar siti nurfaradiyana binti mutussin,
seorang student lepasan stpm,
dan menggunakan warna hijau sebagai warna tema blog nya..
bagi saya awak seorang yang comel.
wish you luck in your life.

kalau nak lebih mengenali gadis yang menggelarkan diri nya farah ini sila klik sini
thank you


that all
thank for view
 lot of lope

haku tulis engkau terasa kenapa??

assalammualaikum,
salam berhari isnin.

hidup nie kadang-kadang bosan jugak kalau tak kerja a.k.a tanam anggur ni kan?.
jadi suri rumah sepenuh masa + practice jadi wife sila lah muntah 10 baldi.
bukan nya haku tak nak kerja tapi setiap kali dapat kerja macam-macam pulak kesulitan yang ada,
aishhh bila agaknya kesulitan ini akan berambus dari hidup haku?
dah tak tahan hidup dengan masalah yang tiada kesudahan nie..
cewahh bajet banyak masalah macam ahli korporat + artis popular je.

back to story isu terasa sana,terasa sini makin berleluasa dikalangan warga facebook
aishh haku baru update status dekat facebook ada saja yang terasa + perasan,
padahal status haku tak ada kena mengena dengan sesiapa yang menjadi friend dekat Fb haku..

aduii kalau macam nie tak payah lah update status,sebab masing-masing nak terasa kan!!
apa yang haku tulis adalah pendapat + apa yang belaku dalam kehidupan seharian haku.
haku tak akan update yang berkaitan dengan warga Fb haku la.
ingat haku tak pandai jaga hati manusia ka??

lepas nie tolong please please ye jangan terasa + perasan dengan apa yang haku update ok?
haku sayang semua warga Fb + kawan-kawan haku.
haku tak akan burukkan or cerita pasal korang ok.
jangan salahkan haku bila update status ye.
maaf.

saya tak besalah!!!

that all
thank for view
lot of lope 


baby bienda

assalammualaikum,
salam berhujung minggu.
huhh nak keluar pun tak best sebab hujan duduk rumah update blog la jawab nya.

tengah bosan-bosan jejalan sana sini at facebook tadi terpandang lah satu picture baby comel nie,

wow penyanyi + pelakon bienda (Nor Razlinda Razli) & pasangannya Kamarul Zariman Abd rahman telah dapat baby perempuan yang comel,
lahir tanggal 26 february 2012 dengan berat 2.95 kg di hospital swasta.

alo comel nya..

hamboii berbelit lidah nak sebut nama baby comel yang diberi nama Lavienda Namiraz hasil dari gabungan dari nama pasangan ini dan ilham dari sebuah telenovela latin yang digemari & kerap ditonton oleh bienda semasa hamil nya..

alhamdullillah dah ramai nampak nya pasangan selebriti tanah air menjadi ibu dan bapa tahun nie ye..
diharapkan kehadiran cahaya mata dan orang baru dalam hidup mereka akan memberi lebih sinar dan kejayaan..
amin..

that all
thank for view
lot of lope

saya tetap saya!

assalammualaikum
salam satu march,
apa!!! dah satu march,
haiya cepatnya masa berlalu bagaikan derusan sungai yang mengalir dengan laju.
langsung tidak menoleh walaupun sikit,kalau sungai menoleh haku pun takut..hhihihi
jika kita leka kita akan dimakan & ditinggalkan oleh masa & hanyut dibawa derusan air. 

joker face

haku pada hari ini,
adalah haku yang sama dengan haku 7 bulan yang lalu,tidak berubah

semakin hari semakin berani & bijak dalam berkata-kata,
berdiri atas kaki sendiri & tidak perlu mengharapkan pertolongan orang lain lagi.
membuat keputusan mengikut diri sendiri,
perempuan yang makin ego dalam mempertahankan hak diri & perasaan.
that it haku.
terima kasih

that all
thank for view
lot of lope



Mawi Ekin dapat baby girl.

assalammualaikum
salam satu malaysia.



tanggal 28 february 2012,jam 0400 Nora’Asikin Rahmat(ekin) wife kepada juara aF musim ke3  Asmawi Ani (Mawi) telah selamat melahirkan baby perempuan seberat 2.8kg yang merupakan anak pertama kepada pasangan ini,

bayi sulung ini dilahirkan dihospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi secara normal.
syukur kedua-duanya selamat.
sebuah majlis kesyukuran untuk menyambut orang baru bakal diadakan dalam masa terdekat ini.

tahniah to pasangan ini atas kehadiran cahaya mata sulung mereka,
tak sabar nak tengok baby nie.
mesti comel macam ibu nya juga kan??


thats all
thank for view
lot of lope 

demam love love

assalammualaikum,
salam harini isnin,

korang tahu tak semalam hari apa??
for sure lah hari ahad sebab harinie hari isnin kn?? hihih,
bukan hari ahad yang haku maksud kan disini!,

semalam siapa dekat sini kena virus love love at facebook??
ala yang post-post love dekat facebook tue?
apa korang langsung tak tahu??
aduii asal korang tak tahu nie,korang tak on9 facebook ke??
or korang tak ada account FB?

opss sorry-sorry lupa la pulak
 to mereka yang bernama lelaki or boy anda memang patut tak tahu pon,
sebab game ni just untuk gurl-gurl je..
to perempuan-perempuan yang ada facebook,
korang memang ketinggalan satu game yang best semalam..
itu je.
jadi untuk naikkan & timbulkan perasaan cemburu dihati murni korang tue,
haku nak paparkan a.k.a tayangkan,
apa yang haku dapat semalam..
hihiih
sila lah cemburu okey!!

tengok yang kaler-kaler merah kat bawah ni,
antara wall post love yang haku dapat.
~
~
~
~
~



cer baca at bawah nie pulak
ni la syarat-syarat game tue.


setelah dibesarkan.
orang share dengan saya, saya share dengan awak. hehe.
letak satu love di wall saya. cuma 1 love sahaja dan tak payah dikomen. TAK ADA LELAKI DIHALALKAN. jadi, jangan send dekat wall lelaki. kalau kamu letak satu love di wall saya, saya akan buat yang sama seperti yang awk buat kepada saya. dan jikalau seseorang lelaki tersebut menanya bahawa kenapa banyak sangat love dekat wall awk, ini bermaksud dia itu suka terhadap awk. JANGAN BALAS APA APA. hantarkan mesej ini kepada perempuan dan wanita yang online sekarang. terima kasih banyak banyak. JOM KITA SAMA SAMA MAIN PERMAINAN INI. [♥]­ ­


nampak kotak inbox tue sure lah kena post dekat inbox kan?
aku dapat permainan nie pun dari budak kecik lynda aziz
& first love yang haku dapat pon dari dia..hihi
love you la kecik.

itu je nak share.
okey bye
sila lah cemburu tahap siput

that all
thank for view
lot of lope